Model bacaan adalah teori yang melibatkan idea atau pandangan dalam proses membaca yang digunakan oleh pembaca yang berbeza. Terdapat tiga model yang digunakan oleh ahli dalam bidang bacaan dan sering dirujuk bagi menunjukkan proses dalam pembacaan itu sendiri.
1. MODEL TEORI BOTTOM-UP
Model ini dibincangkan dengan meluas oleh beberapa pengkaji. Antaranya adalah Gough (1972, 1985), iaitu tokoh utama teori ini. Model ini merupakan model pemahaman proses membaca yang melibatkan ketepatan, rincian, dan rangkaian persepsi dan identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya.
2. MODEL TEORI TOP-DOWN
Model bacaan ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman (1967, 1970) dan Smith (1971, 1978). Model ini merupakan model pemahaman proses membaca yang memerlukan pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca diperlukan sebagai dasar dalam memahami bacaan.
3. MODEL TEORI INTERAKTIIF
Perkembangan awal model ini banyak dibincangkan oleh Rumelhart (1977) dan Stanovich (1980, 1981). Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down dan model Bottom-Up. Pada model Interaktif ini, pembaca akan menggunakan pendekatan Top-Down untuk mencari makna, kemudian beralih kepada pendekatan Bottom-Up untuk menguji apakah hal itu benar-benar dikatakan oleh penulis.